Panduan Penolakan Spesimen dan Ujian
Borang Ujian
-
Tiada ditulis wad/ klinik
-
Maklumat pesakit bercanggah dengan rekod terdahulu
-
Nama pesakit/ no Kad pengenalan/ no pendaftaran hospital (RN) tidak lengkap
-
Maklumat berbeza pada borang dan label
-
Tiada diagnosis
-
Data klinikal pesakit tiada ditulis ( untuk permohonan Coombs Test / ujian2 Outsource)
-
Tiada nama/ tandatangan doctor yang memohon ujian pada borang ( bagi permohonan komponen darah, Pegawai Perubatan (Medical Officer) perlu turunkan tandatangan bersama Pegawai Perubatan Siswazah( House Officer) di ruangan doctor yang memohon ujian)
-
Tiada nama/ tandatangan doctor yang mengambil/ melabel sampel
-
Tiada tarikh/ masa pengambilan sampel
-
Tulisan tidak jelas/ sukar dibaca
-
Tidak menyatakan produk darah / ujian yang dipohon
-
Borang permohonan GXM/GSH tidak dihantar bersama pendua ( carbon copy)
Label/ Bekas spesimen
-
Tiada label
-
Terdapat label yang bertindih pada satu tiub ( double sticker)
-
Maklumat pesakit tidak lengkap pada label ( tiada nama/ no KP / RN/ wad)
Lain-lain
-
GSH terdahulu masih sah ( valid )- dihantar kurang daripada tempoh 48jam
-
Sampel telah berada lebih daripada 4jam di wad sebelum dihantar
-
Penggunaan tiub yang salah
-
Sampel terkeluar dari tiub( leak)
-
Sampel darah cari ( diluted), beku ( clotted), atau sel telah pecah ( hemolysed)
-
Sampel darah tidak mencukupi (rujuk lampiran A)
-
Sampel GXM untuk bayi kurang 6 bulan tetapi tiada sampel darah ibu – bagi kes anak angkat/ ibu kandung tidak dapat dicari, sila hubungi pegawai Perubatan unit Transfusi untuk tindakan selanjutnya.
Nota : Spesimen yang ditolak tidak akan dikembalikan, dan nama jururawat yang dimaklumkan akan dicatatkan pada borang permohonan ujian yang ditolak. Wad/klinik perlu menghantar spesimen dan borang permohonan baru menggantikan spesimen atau permohonan yang ditolak