top of page

Paperless Histopathology & Cytopathology Reporting

Bermula awal bulan Julai 2021 Jabatan Patologi tidak lagi akan mencetak repot saitologi seperti Cervical pap smear, FNAC dan nonGynae cytology. Ini di kuti pula oleh repot histopatologi mulai pertengahan bulan Julai 2021.


Terima kasih tak terhingga di ucapkan komiti LIS Perak Selatan , terutama En. Shashi , penyelaras LIS Negeri Perak dan Dr. Lim Say Min , mantan ketua Unit Makmal Integrasi kerana membenarkan perolehan dan pengembangan sistem schuylab , Lab Information System (LIS) ke Unit Histo-Saito.


Setinggi penghargaan juga kepada Juruteknik dari Schuylab ( En. Steve dan En, Jensen ) dan juga Ketua Unit IT , HTI yang telah menyediakan software, hardware dan fasiliti yang diperlukan untuk tujuan tersebut diatas.



Dengan adanya sistem LIS ini pehak makmal akan mengurangkan penggunaan kertas dan ruang penyimpanan stor. Repot yang di cetak mesti disimpan hingga sekurang-kurangnya 7 tahun. Ini menyebabkan ruang simpanan di stor semakin sempit. Sistem yang di gunakan sekarang juga menyukarkan kajian kualiti di laksanakan dengan cepat dan tepat. Sistem LIS ini akan memudahkan lab supervisor untuk mendapatkan data yang diperlukan untuk merancang keperluan dari segi perjawatan dan perolehan aset dan lain-lain lagi.




bottom of page